Saturday, January 7, 2017

SEKOLAH MENENGAH SAINS GUA MUSANG

Sekolah Menengah Sains Gua Musang di sini, memulakan operasinya pada 1 April 2015 dengan kemasukan 63 pelajar tingkatan satu. 

Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan, Hussain Awang berkata, sekolah yang menjadi mercu tanda baharu pendidikan di Hulu Kelantan itu dilengkapi pelbagai
kemudahan untuk kecemerlangan pelajar. 

"Kita nampak sekolah menengah sains itu bakal memberi kemajuan yang lebih pesat kepada pembangunan di kawasan Hulu Kelantan khususnya dalam bidang
pendidikan," katanya kepada pemberita selepas melawat dan bermesra dengan pelajar baharu di sekolah itu di sini, hari ini. 




Hussain berkata, pembinaan sekolah berkenaan oleh kerajaan persekutuan sememangnya dinantikan penduduk kerana ia terletak tidak jauh dari Bandar Baharu Gua Musang yang menjadi pusat transit kebanyakan kenderaan perdagangan.   
Beliau mahu penduduk memberi tumpuan yang lebih kepada pelajaran anak mereka seiring usaha kerajaan melahirkan ramai pelajar cemerlang. 

"Kementerian Pendidikan memberi komitmen yang cukup tinggi untuk kemajuan pendidikan di Kelantan termasuk jajahan Gua Musang berikutan pertambahan
penduduk dan banyak bandar baharu diwujudkan," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads