Wednesday, June 3, 2015

PASAR LAMBAK GUA MUSANG

 Gerai Buah-buahan

Selamat Datang ke Syurga beli-belah Gua Musang. Bagi pengunjung
yang pernah datang ke Gua Musang tentu sudah sedia maklum
tentang "Pasar Lambak" a.k.a Pasar Malam dan Pasar Pagi
( 2 dalam 1). 

Menurut pihak berkuasa tempatan Gua Musang, kuasa beli
penduduk Gua Musang pada hari Pasar Lambak dibuka boleh
mencecah ke 300,000 jualan...Mmmm..rugi bagi peniaga-peniaga 
pasar malam atau pasar pagi kalau tak ambil peluang.

Kalau tak, masakan penjual dari negara jiran sanggup datang 
hanya untuk berniaga dari pukul 4.00 pm ( khamis) sehingga 12.00 tgh (jumaat). Kebanyakan peniaga di sini rata-ratanya dari negara
Thailand dan Indonesia. Penduduk tempatan kebiasaanya berniaga makanan
dan sayur-sayuran dan lauk-pauk.


 Kedai Makanan


 Cer tengok akak nie..hmmm..tak menang tangan nak menyediakan
Char-Kueh untuk pelanggan. Siap masak je, habis..siap masak je habis..
Boleh dikatakan peniaga yang berniaga di sini tidak pulang dengan wajah hampa. Segala hasil jualan pasti akan mendatangkan pulangan
yang lumayan.


Pernah ada seorang pakcik, asal dari Indonesia...setiap minggu dia pasti
 datang berniaga di sini. Kadang-kadang pak cik ni menginap di Titiwangsa Inn. Maklumlah hotel nie cuma jaraknya dalam 100-200 meter je jaraknya dari Pasar Lambak. 

Bagi pengunjung yang bermalam di Titiwangsa Inn pada hari Khamis ( Malam Jumaat) akan lebih beruntung kerana dapat berkunjung ke sini. Pendek kata..nak makan malam dan sarapan pagi tu tak cari kedai lain lah.

Kedai-kedai makan ( warung) pun banyak berderet di bahagian tepi Pasar Lambak.  

 Ulam-ulaman

 Ulam-ulaman yang dijual disini kebanyakannya datang
dari kampung-kampung sekitar gua musang. Nak makan ikan perkasam sungai, belut, haruan, dan ikan-ikan sungai Kelantan yang lain pun diperolehi di Pasar Lambak nie. Tapi kena datang waktu pagilah baru ada.




 
Duit dalam poket nie dah habis, tapi banyak lagi benda nak beli..huhu
Biasa kalau datang sini, bawak banyak mana duit pun mesti habis 
atau tinggal sikit. Asal tengok je  nak beli..asal tengok je nak beli..

Nampak gaya kena balik cepat nie..lagi lama kat sini lagi banyak duit kena "kebas" dengan Pasar Lambak..

:)

Selamat Pulang...

*Jangan lupa menginap di Titiwangsa Inn tau...hehe

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads