Monday, February 27, 2017

TAMAN NEGARA KUALA KOH, GUA MUSANG



 Pintu Masuk ke Taman Negara


Taman Negara terletak di tiga buah sempadan yang melibatkan negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu. Taman Negara Kuala Koh terletak di sempadan negeri Kelantan dan berada dalam Jajahan Gua Musang. Ia terletak dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Hantu dan Hutan Simpan Lebir.

Taman Negara Kuala Koh merupakan satu-satunya pintu masuk rasmi di negeri Kelantan untuk ke Taman Negara. Terletak di hujung ladang kelapa sawit, Kuala Koh agak unik jika hendak dibandingkan dengan Taman Negara Kuala Tahan. Kuala Koh terletak bertentangan dengan Sungai Lebir dan Sungai Koh. Taman Negara Kuala Koh merupakan sebahagian daripada Taman Negara Semenanjung yang meliputi 4343 km persegi di mana termasuk negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Ia merupakan rumah kepada pelbagai spesis flora dan fauna yang unik.  



Dari aspek perhubungan, Taman Negara Kuala Koh terletak 96 kilometer dari bandar Gua Musang dan ia mudah dihubungi oleh pengunjung dan pelancong melalui jalan raya khususnya Jalan Gua Musang-Kuala Krai. Aset semulajadi yang dimiliki oleh Taman Negara Kuala Koh khususnya kepelbagaian kehidupan flora dan fauna serta ekosistem hutan hujan tropika amat sesuai bagi aktiviti ekopelancongan selain bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R & D).

Antara aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ialah pemerhatian burung (melebihi 300 spesies),memancing di rangkaian sungai, sesi fotografi, meredah hutan melalui rentis interpretif, berkayak/berakit, menaiki titian kanopi dan perkhemahan.


Jambatan gantung / Canopy Walk di Kuala Koh
 


Bagi keselesaan pengunjung dan pelancong, antara kemudahan yang disediakan di Taman Negara Kuala Koh termasuklah chalet dan asrama, restoran,bilik mesyuarat, bilik interpretif, tapak perkhemahan, perkhidmatan bot, wakaf/pondok untuk istirehat, surau dan tempat letak kenderaan.


 Chalet yang disediakan

Bagi tempoh 2000-2006, sejumlah 25,477 pengunjung dan pelancong telah mengunjungi Taman Negara Kuala Koh dimana sebahagian besar adalah pengunjung tempatan (97.8%) berbanding pelancong asing (2.2%). Isu utama bagi Taman Negara Kuala Koh ialah tiada perkhidmatan pengangkutan awam disediakan bagi pengunjung/pelancong dan kekurangan promosi bagi menarik pelancong khususnya pelancong asing




Ikan-ikan Kelah 




 Untuk maklumat lanjut, Sila berhubung dengan:

Pejabat PERHILITAN
Jajahan Gua Musang
Wisma Persekutuan
18300 Gua Musang
Kelantan
Tel/Faks : 09-912 2940
Taman Negara Kelantan, Kuala Koh
18300 Gua Musang, Kelantan
Tel : 09-928 2952 

Saturday, January 7, 2017

TAMAN ETNOBOTANI GUA MUSANG


 Taman ETNOBOTANI merupakan Taman Mini Herba di tengah Bandar Gua Musang dengan keluasan 25 hektar bersebelahan dengan Kolej Poly Tech MARA Kesedar.

Antara kemudahan menarik yang disediakan di Taman Etno Botani ialah:
- Taman Mini Herba
- Rumah Urut
-SPA & Sauna
-Taman Tema Air
-Rock Climbing
-Abseiling
- repelling
-Taman Permainan Kanak-kanak


 Urutan SPA


 Sauna





SEKOLAH MENENGAH SAINS GUA MUSANG

Sekolah Menengah Sains Gua Musang di sini, memulakan operasinya pada 1 April 2015 dengan kemasukan 63 pelajar tingkatan satu. 

Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan, Hussain Awang berkata, sekolah yang menjadi mercu tanda baharu pendidikan di Hulu Kelantan itu dilengkapi pelbagai
kemudahan untuk kecemerlangan pelajar. 

"Kita nampak sekolah menengah sains itu bakal memberi kemajuan yang lebih pesat kepada pembangunan di kawasan Hulu Kelantan khususnya dalam bidang
pendidikan," katanya kepada pemberita selepas melawat dan bermesra dengan pelajar baharu di sekolah itu di sini, hari ini. 




Hussain berkata, pembinaan sekolah berkenaan oleh kerajaan persekutuan sememangnya dinantikan penduduk kerana ia terletak tidak jauh dari Bandar Baharu Gua Musang yang menjadi pusat transit kebanyakan kenderaan perdagangan.   
Beliau mahu penduduk memberi tumpuan yang lebih kepada pelajaran anak mereka seiring usaha kerajaan melahirkan ramai pelajar cemerlang. 

"Kementerian Pendidikan memberi komitmen yang cukup tinggi untuk kemajuan pendidikan di Kelantan termasuk jajahan Gua Musang berikutan pertambahan
penduduk dan banyak bandar baharu diwujudkan," katanya. - Bernama

Nuffnang Ads