Monday, November 3, 2014

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI GUA MUSANG

 1.SUNGAI NENGGIRI

 


Sungai Nenggiri merupakan rangkaian utama sistem saliran sungai di Jajahan Gua Musang yang menawarkan aktiviti lipur diri kepada pengunjung khususnya bagi aktiviti berkayak dan berakit selain aktiviti memancing. Ia mempunyai lebih daripada 40 buah jeram (rapid) dan amat sesuai untuk aktiviti berakit dan berkayak berteraskan eko-pelancongan.
Sungai Nenggiri dan anak sungainya menjadi sistem perhubungan utama bagi petempatan di kawasan pedalaman saperti perkampungan orang asli Pos Brooke, Pos Mering dan Pos Pulat, Kg. Kuala Jenera, Kg. Kuala Penep dan sebagainya. Antara aktiviti yang dijalankan bagi menarik pelancong ialah `Nenggiri River Cruise' iaitu perjalanan sejauh 50 kilometer dengan menaiki bot / rakit yang bermula di pengkalan jeti Kuala Betis hingga Kg. Setar.
Ia merupakan pakej lawatan 3 hari 2 malam dan 2 hari satu malam yang dianjurkan oleh agensi pelancongan untuk pelancong berkumpulan. Antara tempat yang dilawati disepanjang perjalanan termasuklah Gua Cha (tapak bersejarah zaman purba) dan perkampungan orang asli Kuala Jenera dan Pos Pulat (menghayati budaya dan gaya hidup).
 

Selain daripada itu, pihak KESEDAR dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan dan Majlis Belia turut menganjurkan acara tahunan `Nenggiri Challenge' iaitu acara berkayak yang melibatkan bukan sahaja peserta tempatan tetapi peserta luar negara saperti Switzerland, Thailand, Singapura dan Indonesia. Ia bermula di pengkalan jeti Gua Cha dan berakhir di Kg. Setar termasuk bermalam di Pos Pulat. 



Rujukan: Copy dari Laman Web MDGM

2. GUA MADU

Sekitar Gua Madu

Gua Madu terletak di Kampung Batu Papan kira-kira 4 km dari bandar Gua Musang. Dari simpang tiga berdekatan Balai Polis Gua Musang, ke kiri kira-kira 2 km dan ke simpang masuk utama ke Gua Madu. Dari simpang tersebut, perlu melalui kawasan perkampungan sejauh kira-kira 1 km untuk sampai ke Gua Madu.

3.TAMAN NEGARA KUALA KOH


Jambatan       Papan Tanda Taman Negara Kuala Noh
 
Taman Negara terletak di tiga buah sempadan yang melibatkan negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu. Taman Negara Kuala Koh terletak di sempadan negeri Kelantan dan berada dalam Jajahan Gua Musang. Ia terletak dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Hantu dan Hutan Simpan Lebir.
Dari aspek perhubungan, Taman Negara Kuala Koh terletak 96 kilometer dari bandar Gua Musang dan ia mudah dihubungi oleh pengunjung dan pelancong melalui jalan raya khususnya Jalan Gua Musang-Kuala Krai. Aset semulajadi yang dimiliki oleh Taman Negara Kuala Koh khususnya kepelbagaian kehidupan flora dan fauna serta ekosistem hutan hujan tropika amat sesuai bagi aktiviti ekopelancongan selain bagi tujuan penyelidekan dan pembangunan (R & D).
Antara aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ialah pemerhatian burung (melebihi 300 spesies),memancing di rangkaian sungai, sesi fotografi, meredah hutan melalui rentis interpretif, berkayak/berakit, menaiki titian kanopi dan perkhemahan.
Bagi keselesaan pengunjung dan pelancong, antara kemudahan yang disediakan di Taman Negara Kuala Koh termasuklah chalet dan asrama, restoran,bilik mesyuarat, bilik interpretif, tapak perkhemahan, perkhidmatan bot, wakaf/pondok untuk istirehat, surau dan tempat letak kenderaan.
Bagi tempoh 2000-2006, sejumlah 25,477 pengunjung dan pelancong telah mengunjungi Taman Negara Kuala Koh dimana sebahagian besar adalah pengunjung tempatan (97.8%) berbanding pelancong asing (2.2%). Isu utama bagi Taman Negara Kuala Koh ialah tiada perkhidmatan pengangkutan awam disediakan bagi pengunjung/pelancong dan kekurangan promosi bagi menarik pelancong khususnya pelancong asing


4. KOLAM AIR PANAS BER


Kolam Air Panas Ber
 
Pada masa kini, terdapat dua rangkaian kolam air panas, iaitu kolam air panas Sungai Ber dan Sungai Mering. Kedua-dua kolam air panas tersebut terletak di kawasan pedalaman iaitu dalam kawasan Hutan Simpan Sungai Berok.
Kedua-dua kolam air panas tersebut berpotensi sebagai kawasan tarikan geo- pelancongan. Kolam air panas Sungai Ber merupakan kolam air yang terpanas di Kelantan (72 0C). Manakala kolam air panas Sungai Mering merupakan aliran air panas berbentuk air terjun bertingkat yang amat cantik bentuknya.


5. TASIK KETITIR

 Tasik Ketitir 1    Tasik Ketitir 2
 
Tasik Ketitir merupakan sebuah tasik bekas tapak aktiviti perlombongan suatu ketika dahulu. Kini ia telah dijadikan satu kawasan rekreasi dalam bandar di Gua Musang. Namanya adalah daripada spesis burung yang banyak bersarang di pokok-pokok sekitar taman tasik yang masih boleh dilihat pada hari ini. Menjadi tumpuan kepada masyarakat tempatan untuk bersiar-siar, berehat dan berekreasi di samping menikmati persekitaran segar dan nyaman.


6.TAMAN ENTOBOTANI

 
Taman Etnobotani1   Taman Mini Haiwan

Taman Etnobotani, Gua Musang dibangunkan sebagai pusat penyelidikan hutan dan rekreasi bertujuan bagi memelihara kepentingan hasil hutan dan produk yang berkaitan dengannya khususnya produk herba. Ia terletak berhampiran bandar Gua Musang iaitu di Jalan Gua Musang-K. Lipis dengan kawasan seluas 35 hektar.
Komponen utama Taman Etnobotani ialah taman herba, galleri herba, pusat inkubator (8 unit) untuk pengusaha IKS berasaskan herba,kemudahan aktiviti riadah, chalet, taman mini haiwan dan pelbagai kemudahan sokongan. Antara aktiviti yang disediakan untuk pengunjung ialah lawatan ke kawasan tanaman pelbagai jenis herba, mendaki bukit, perkhemahan, titian kanopi dan menikmati keindahan gua.
Pada masa kini sebahagian daripada kawasan Taman Etnobotani sedang digunakan untuk pusat latihan belia dibawah program Pusat Latihan Khidmat Negara. Isu utama yang dikenalpasti ialah taman ini kurang mendapat sambutan daripada penduduk tempatan, pengunjung dan pelancong.


7. PADANG GOLF DAN SUKAN BERKUDA

 Jajahan Gua Musang mempunyai sebuah padang golf bagi pengunjung atau pelancong yang mengemari permainan golf. Padang golf tersebut ialah Kelab Rekreasi Perdana terletak berhampiran Taman Etnobotani. Ia merupakan padang golf 9 lubang yang dilengkapi dengan rumah kelab dan restoran serta terbuka kepada orang ramai dengan kadar bayaran yang berpatutan. Pada masa kini padang golf tersebut menjadi tarikan kepada pengunjung tempatan terutama bagi penduduk di bandar Gua Musang
 
Padang Golf

GUA MUSANG SUATU KETIKA DAHULU

GUA MUSANG – Sebelum negara mencatat sejarah kemerdekaan 31 Ogos 1957, pelbagai rintangan dan cabaran getir dihadapi rakyat ketika itu kerana berdepan dengan keganasan komunis hingga ada yang mati dibunuh dengan kejam.
    
Kebanyakan mereka juga tidak boleh tinggal setempat dan kerap berpindah dari satu tempat ke tempat lain untuk mencari perlindungan dengan berjalan kaki dalam hutan berikutan tidak tahan dengan serangan komunis.
    
Sejarah hitam serangan komunis juga pernah berlaku di Gua Musang pada 4 Januari 1943, apabila ramai orang Melayu ketika itu mati dibunuh dan hanya seorang pengawal, Allahyarham Nik Jaafar Nik Soh yang berjaya melepaskan diri dari kepungan komunis.
    
Beliau lari seorang diri untuk meminta perlindungan di Balai Polis Bertam kerana kebanyakan rumah penduduk termasuk kuarters kereta api dan balai polis di Gua Musang dibakar komunis yang mengganas dan merosakkan semua harta benda penduduk.
    
Berpandukan perjalanan hidup ditulis penggawa terbabit, yang masih disimpan seorang anaknya, adik perempuannya sendiri yang sarat mengandung lapan bulan adalah antara 26 orang Melayu yang dibunuh dalam serangan komunis itu.

Kubur arwah Nik Mah Nik Soh yang mati dibunuh dengan kejam oleh komunis, masih menjadi kenangan sejarah kerana kini berada di tengah-tengah Masjid Razaleigh di bandar ini dan mungkin ramai yang tidak tahu mengenainya.
    
Hanya jenazah arwah seorang yang sempat ditanam di kawasan masjid tersebut dalam keadaan darurat berikutan kumpulan komunis terus menyerang kawasan Gua Musang yang mana kebanyakan penduduk sudah lari untuk berlindung di Kampung Batu Papan.

Allahyarham Nik Mah yang tidak sempat melarikan diri kerana sarat mengandung, hanya melindung diri dalam longkang besar jalan menghala ke masjid sebelum sekumpulan komunis ternampak lalu menembak hingga mati.

Pembunuhan kejam itu menyebabkan jenazahnya tidak boleh dibawa keluar dari kawasan Gua Musang untuk dikebumikan kerana sentiasa dikawal komunis dan jenazahnya pada ketika itu sempat ditanam di tepi tangga belakang masjid tersebut.
    
Oleh kerana masjid itu diubah suai dan dibesarkan, berikutan jemaah bertambah ramai menyebabkan kubur Allahyarham Nik Mah berada di tengah-tengah masjid hadapan mimbar hingga timbul tanya tanda kebanyakan jemaah yang datang dari luar daerah ini.
    
Walaupun Gua Musang telah lama wujud, tetapi bilangan penduduk Orang Melayu tidak ramai dan tumpuan utama komunis berkampung di Kampung Pulai yang selalu memeras ugut orang Melayu termasuk makanan.

Pendapatan utama penduduk ketika itu, hanya mengharapkan kepada hasil tanaman dan kerap meminta bantuan kerajaan menerusi pejabat daerah yang terletak di Kuala Krai.
    
Selain itu, berlaku juga pertempuran hendap antara askar 3RAMD dengan komunis di Sungai Semor dekat Kampung Pulai tahun 1948 yang meragut 16 nyawa anggota tentera dan mencederakan seorang pegawai berpangkat Leftenan Muda.
    
Seramai 29 orang Pasukan Komunis Malaya (PKM) turut maut sebelum keadaan di Sungai Semor kembali reda dan kini kawasan tersebut menjadi tempat kenangan serta kajian sejarah peperangan zaman darurat dahulu.
    
Bekas Pengerusi Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Gua Musang, Abu Bakar Jusoh berkata, Gua Musang penuh dengan sejarah hitam berikutan berlaku peperangan menentang komunis yang harus bagi generasi baru menghargai perjuangan orang zaman dahulu.
    
Beliau berkata, mereka harus mengetahui sejarah asal wujudnya Gua Musang supaya tidak mudah menerima hasutan yang boleh berlaku kejadian tidak ingini dan menggadai maruah negara yang sekian lama dalam suasana aman.
  
“Saya sebagai bekas tentera, tidak pernah lupa peristiwa pahit menentang komunis walaupun ketika zaman itu bertugas di merata tempat sebelum menetap di Gua Musang,” katanya.
    
Mat Zain Hassan, 62, pula berkata, walaupun pejuang kemerdekaan negara menentang komunis semakin ramai dimamah usia dan meninggal dunia, tetapi kenangan pahit harus dipahatkan dalam jiwa generasi sekarang.
   
Katanya, semangat patriotik menyemarakkan kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang perlu disemai di kalangan mereka kerana dengan cara itu dapat mengenang kesusahan walaupun mereka lahir selepas merdeka.
   
“Sekurang-kurangnya kita dapat mengingati kembali kesusahan tentera pada ketika itu yang menentang komunis dan ramai penduduk yang tidak berdosa menjadi mangsa pembunuhan kejam,” katanya.

Keterangan gambar; Abu Bakar Jusoh Mat Zain Hassan
3. Masjid Razaleigh menjadi sejarah ada kubur mangsa pembunuhan kejam komunis.
4. Kubur Nik Mah yang mengandung lapan bulan dibunuh komunis ditanam dalam masjid Razaleigh.
5. Bandar Gua Musang pernah ditawan komunis tahun 1943.
6. Kuarters kereta api berhampiran Stesen Keretapi Lama Gua Musang pernah dijadikan balai polis ketika zaman British.
7. Bandar Gua Musang ketika zaman 70-an.
8. Kereta api menjadi pengangkutan penting penduduk sejak awal tahun 50-an
.

SUMBER: Sinar Harian


ASAL USUL GUA MUSANG

Secara umumnya, Gua Musang bermaksud “gua atau tempat musang”. Ia merupakan sebuah pekan kecil yang diselusuri oleh jalan keretapi di Ulu Kelantan, iaitu kira-kira 160 km dari selatan Kuala Krai. Di bahagian timur pekan ini, terdapat sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Gua Musang setinggi 105 meter. Pada masa dahulu sebelum diterokai, kawasan ini dihuni oleh masyarakat orang asli yang hidup dengan memburu, suka berpindah-randah dan tidak bergaul dengan masyarakat lain.
 Kejadian bermula apabila sekumpulan orang asli ini keluar berburu namun tidak mendapat hasil tangakapan. Mereka menanti seketika sehinggalah ternampak seekor ayam hutan yang berlari dengan pantas. Rupa-rupanya ayam hutan itu dikejar oleh musang dan mereka pun mengekori ayam itu. Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila ayam tersebut hilang di dalam hutan tebal itu. Tidak lama selepas itu, mereka sekali lagi terserempak dengan seekor musang sedang mengejar ayam hutan tidak jauh dari tempat kejadian yang pertama tadi. Kali ini juga mereka tidak sempat menyumpit ayam hutan itu. Kedua-dua kejadian ini menghairankan mereka kerana sebelum ini kejadian seumpama itu belum pernah berlaku. Biasanya mereka dapat menyumpit binatang yang diburu, akan tetapi pada hari itu mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong
Pada hari berikutnya apabila mereka keluar berburu, kejadian yang sama juga berlaku di mana mereka ternampak musang sedang mengejar ayam hutan di tempat yang sama ditepi sebuah gua. Mereka cuba menyumpit ayam hutan itu tetapi gagal dan kejadian ini menambahkan lagi kehairanan mereka. Keesokkan harinya mereka keluar meramai-ramai untuk mengesan tempat hilangnya ayam-ayam hutan yang dikejar oleh musang sejak beberapa hari lalu. Mereka menjumpai satu lubang yang menyerupai seekor musang sedang mengejar seekor ayam.
Setelah melihat bentuk gua tersebut mereka berasa takut dan terus meninggalkan tempat itu. Mereka menamakan tempat itu Gua Musang. Sekarang gua tersebut menjadi daya tarikan pelancong kerana di dalam gua itu terdapat batu dengan pelbagai bentuk. Ada bentuk yang menyerupai ular, kepala gajah, gendang, telaga air terjun dan buah belimbing 
SUMBER:Mohd Roselan Abdul Malik, (1993). Salasilah nama tempat : Negeri Kelantan Darul Naim. Petaling Jaya : Penerbit Prisma Sdn Bhd







SEJARAH DAERAH GUA MUSANG

Gua Musang yang terletak di selatan Negeri Kelantan agak terpisah dengan pusat pentadbiran negeri. Sebelum tahun 1976, kawasan ini diletakkan di bawah pusat pentadbiran Jajahan Ulu Kelantan yang merangkumi kawasan Kuala Krai dan Gua Musang. Pusat pentadbiran ketika ini terletak di Kuala Krai.
Pejabat kecil Jajahan telah ditubuhkan di Gua Musang pada tahun 1950 diketuai oleh seorang Penolong Ketua Jajahan dan beberapa kakitangan. Penubuhan pejabat kecil ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah penduduk. Pada tahun 1953, Pejabat Kecil Jajahan ini telah ditutup.
Gua Musang telah diberi taraf Mukim (Sub-District) pada tahun 1976. Pada 1hb September 1977, Jajahan Kecil Gua Musang telah dinaikkan taraf kepada daerah (Jajahan Penuh). Ia merupakan daerah yang ke-sembilan dalam Negeri Kelantan

Gua Musang adalah pintu masuk utara ke Taman Negara, yang terletak di bahagian tenggara jajahan ini. Gua Musang dikelilingi oleh gua-gua dan bukit-bukau batu kapur, yang amat dikenali di kalangan pengembara gua dan pendaki gunung


Perkhidmatan Keretapi di Gua Musang sekitar 1980


Nuffnang Ads