Sebuah kompleks perniagaan yang turut dilengkapi hotel dan apartmen menelan belanja RM15 juta yang akan dibina di bandar ini bakal menjadi mercu tanda pembangunan pesat bandar Gua Musang.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, usaha itu sekali gus sebagai tanda perubahan bandar  ini sebagai sebuah bandar yang kedua terbesar di Kelantan selepas Kota Bharu.

Menurutnya, kerajaan negeri memberi sokongan penuh terhadap pelaksanaan projek pembangunan di bandar ini untuk menunaikan hasrat rakyat menikmati kemajuan.

Bandar ini bukan sahaja dapat dibangunkan dengan pelbagai projek pembangunan seperti kompleks perniagaan itu, malah bidang lain termasuk industri besar.

Keadaan itu bersesuaian dengan kedudukan bandar yang strategik selain boleh menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk,” katanya ketika berucap pada majlis Pecah Tanah Pembinaan Kompleks Perniagaan, Hotel dan Apartmen di Jalan Persiaran Raya, di sini, petang semalam.

Projek terbesar yang mengambil masa dua tahun untuk disiapkan itu hasil usahasama Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dengan Syarikat Pembinaan Bandar Baru Gua Musang (BBGM) Sdn Bhd.




  SUMBER: http://www.sinarharian.com.my

Dah siap Apartment Gua Musang nanti, ia bakal membuka peluang
pekerjaan kepada lebih 2000 penduduk sekitar Gua Musang
dan yang datang dari luar Gua Musang

Saya dah tinggal di Gua Musang sebagai seorang perantau pun
sudah lebih 10 tahun. Daripada seorang anak sekarang sudah jadi setengah dozen.Alhamdulillah..

Daripada semak samun, jadi tanak lapang, tukar jadi tapak projek\and now dah jadi sebuah bandar. Bandar utama Gua Musang juga sedang pesat membangun dengan jumlah penduduk yang semakin
meningkat saban hari. Sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah
Menengah Sains Gua Musang pun sudah mula beroperasi
bermula tahun 2015.

Anak-anak Gua Musang tak perlulah menapak jauh dari kampung
halaman untuk mencari ilmu. Tapi kalau dapat peluang belajar ke
tempat yang lebih jauh lagi baik, lagi luar pengetahuan dan 
pengalaman.

Restoran Pizza Hut dan KFC yang sedang dalam
pembinaan 
(Berhadapan dengan Apartmen Gua Musang)
Restoran Pizza Hut dan KFC yang sudah siap 95%


 Huhu..bilalah agaknye Pizza Hut nie nak beroperasi ye ? Macam banyak 
lagi kerenah birokrasi yang masih belum selesai. 

Jarak Restoran ini dengan Titiwangsa Inn tidaklah jauh pun, 
tak sampai 5 minit perjalanan dengan menaiki kenderaan.


~~~Admin Titiwangsa Inn~~~