1.SUNGAI NENGGIRI
Sungai Nenggiri merupakan rangkaian
utama sistem saliran sungai di Jajahan Gua Musang yang menawarkan
aktiviti lipur diri kepada pengunjung khususnya bagi aktiviti berkayak
dan berakit selain aktiviti memancing. Ia mempunyai lebih daripada 40
buah jeram (rapid) dan amat sesuai untuk aktiviti berakit dan berkayak
berteraskan eko-pelancongan.
Sungai
Nenggiri dan anak sungainya menjadi sistem perhubungan utama bagi
petempatan di kawasan pedalaman saperti perkampungan orang asli Pos
Brooke, Pos Mering dan Pos Pulat, Kg. Kuala Jenera, Kg. Kuala Penep dan
sebagainya. Antara aktiviti yang dijalankan bagi menarik pelancong ialah
`Nenggiri River Cruise' iaitu perjalanan sejauh 50 kilometer dengan
menaiki bot / rakit yang bermula di pengkalan jeti Kuala Betis hingga
Kg. Setar.
Ia merupakan pakej
lawatan 3 hari 2 malam dan 2 hari satu malam yang dianjurkan oleh agensi
pelancongan untuk pelancong berkumpulan. Antara tempat yang dilawati
disepanjang perjalanan termasuklah Gua Cha (tapak bersejarah zaman
purba) dan perkampungan orang asli Kuala Jenera dan Pos Pulat
(menghayati budaya dan gaya hidup).
Rujukan: Copy dari Laman Web MDGM
2. GUA MADU
Gua Madu terletak di Kampung Batu Papan kira-kira 4 km dari bandar Gua Musang. Dari simpang tiga berdekatan Balai Polis Gua Musang, ke kiri kira-kira 2 km dan ke simpang masuk utama ke Gua Madu. Dari simpang tersebut, perlu melalui kawasan perkampungan sejauh kira-kira 1 km untuk sampai ke Gua Madu.
3.TAMAN NEGARA KUALA KOH
Taman Negara terletak di tiga buah sempadan yang melibatkan negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu. Taman Negara Kuala Koh terletak di sempadan negeri Kelantan dan berada dalam Jajahan Gua Musang. Ia terletak dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Hantu dan Hutan Simpan Lebir.
Dari aspek perhubungan, Taman Negara Kuala Koh terletak 96 kilometer
dari bandar Gua Musang dan ia mudah dihubungi oleh pengunjung dan
pelancong melalui jalan raya khususnya Jalan Gua Musang-Kuala Krai. Aset
semulajadi yang dimiliki oleh Taman Negara Kuala Koh khususnya
kepelbagaian kehidupan flora dan fauna serta ekosistem hutan hujan
tropika amat sesuai bagi aktiviti ekopelancongan selain bagi tujuan
penyelidekan dan pembangunan (R & D).
Antara aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan
Liar dan Taman Negara ialah pemerhatian burung (melebihi 300
spesies),memancing di rangkaian sungai, sesi fotografi, meredah hutan
melalui rentis interpretif, berkayak/berakit, menaiki titian kanopi dan
perkhemahan.
Bagi
keselesaan pengunjung dan pelancong, antara kemudahan yang disediakan di
Taman Negara Kuala Koh termasuklah chalet dan asrama, restoran,bilik
mesyuarat, bilik interpretif, tapak perkhemahan, perkhidmatan bot,
wakaf/pondok untuk istirehat, surau dan tempat letak kenderaan.
Bagi tempoh 2000-2006, sejumlah 25,477 pengunjung dan pelancong telah
mengunjungi Taman Negara Kuala Koh dimana sebahagian besar adalah
pengunjung tempatan (97.8%) berbanding pelancong asing (2.2%). Isu utama
bagi Taman Negara Kuala Koh ialah tiada perkhidmatan pengangkutan awam
disediakan bagi pengunjung/pelancong dan kekurangan promosi bagi menarik
pelancong khususnya pelancong asing4. KOLAM AIR PANAS BER
Pada masa kini, terdapat dua rangkaian
kolam air panas, iaitu kolam air panas Sungai Ber dan Sungai Mering.
Kedua-dua kolam air panas tersebut terletak di kawasan pedalaman iaitu
dalam kawasan Hutan Simpan Sungai Berok.
Kedua-dua kolam air panas tersebut berpotensi sebagai kawasan tarikan
geo- pelancongan. Kolam air panas Sungai Ber merupakan kolam air yang
terpanas di Kelantan (72 0C). Manakala kolam air panas Sungai Mering merupakan aliran air panas berbentuk air terjun bertingkat yang amat cantik bentuknya.5. TASIK KETITIR
Tasik Ketitir merupakan sebuah tasik bekas tapak aktiviti perlombongan suatu ketika dahulu. Kini ia telah dijadikan satu kawasan rekreasi dalam bandar di Gua Musang. Namanya adalah daripada spesis burung yang banyak bersarang di pokok-pokok sekitar taman tasik yang masih boleh dilihat pada hari ini. Menjadi tumpuan kepada masyarakat tempatan untuk bersiar-siar, berehat dan berekreasi di samping menikmati persekitaran segar dan nyaman.
6.TAMAN ENTOBOTANI
Taman Etnobotani, Gua Musang
dibangunkan sebagai pusat penyelidikan hutan dan rekreasi bertujuan bagi
memelihara kepentingan hasil hutan dan produk yang berkaitan dengannya
khususnya produk herba. Ia terletak berhampiran bandar Gua Musang iaitu
di Jalan Gua Musang-K. Lipis dengan kawasan seluas 35 hektar.
Komponen utama Taman Etnobotani ialah taman herba, galleri herba, pusat
inkubator (8 unit) untuk pengusaha IKS berasaskan herba,kemudahan
aktiviti riadah, chalet, taman mini haiwan dan pelbagai kemudahan
sokongan. Antara aktiviti yang disediakan untuk pengunjung ialah lawatan
ke kawasan tanaman pelbagai jenis herba, mendaki bukit, perkhemahan,
titian kanopi dan menikmati keindahan gua.
Pada masa kini sebahagian daripada kawasan Taman Etnobotani sedang
digunakan untuk pusat latihan belia dibawah program Pusat Latihan
Khidmat Negara. Isu utama yang dikenalpasti ialah taman ini kurang
mendapat sambutan daripada penduduk tempatan, pengunjung dan pelancong.
7. PADANG GOLF DAN SUKAN BERKUDA
Jajahan Gua Musang mempunyai sebuah padang golf
bagi pengunjung atau pelancong yang mengemari permainan golf. Padang
golf tersebut ialah Kelab Rekreasi Perdana terletak berhampiran Taman
Etnobotani. Ia merupakan padang
golf 9 lubang yang dilengkapi dengan rumah kelab dan restoran serta
terbuka kepada orang ramai dengan kadar bayaran yang berpatutan. Pada
masa kini padang golf tersebut menjadi tarikan kepada pengunjung
tempatan terutama bagi penduduk di bandar Gua Musang