Wednesday, October 29, 2014

RESTORAN DALAM TAMAN


Assalamualaikum dan Salam sejahtera untuk semua pengunjung blog ini. 
Dah lama betul rasanya tak update blog. Tak tahu nak tulis apa, lagipun kat Gua Musang nie tak banyak benda yang menarik. Tapi hari ni kami di Titiwangsa Inn ingin berkongsi tempat makan yang menarik di Gua Musang. Kat tempat lain belum tentu ada. Kau adow..hihi

Menikmati makanan dalam suasana taman dan kadang kala persih berada di rumah kampung zaman dolu-dolu kala sambil bersila. Ala-ala jepun pun ada jugak. Nak baring-baring pun boleh sebab bantal disediakan. Sangat selesa terutamanya yang ada anak-anak kecil, boleh tidurkan anak dan makan dengan berseleranya.Cuma yang berbezanya anda masih boleh melayan Astro walaupun makan di dalam suasana kampung dan pinggir rimba.

Konsep tropikal dengan lanskap yang kreatif menggamit pengunjung datang ke sini walaupun dari tepi jalan raya anda memang tak akan nampak restoran ini. Kenapa...hihi..penuh dengan pokok-pokok bunga hutan....tapi sejuk mata memandang

Di restoran ini juga ada dipamerkan barang-barang lama warisan keluarga pemilik restoran ini. Lokasi Restoran Dalam Taman terletak lebih kurang 1KM dari Hotel Titiwangsa Inn dan menghala ke Cameron Highland disebelah kanan jalan.

 
Tempat makan di ruang bawah

Mee kari yang meletops...


Ruang makan bersila


Sink cuci tangan ( Kreatif kan!)

Tuesday, October 7, 2014

DOUBLE STANDARD ROOM (ARAS BAWAH)


http://r-ec.bstatic.com/images/hotel/840x460/265/26573633.jpg 

DOUBLE STANDARD ROOM



Bilik dilengkapi dengan satu katil kelamin dengan kemudahan seperti:

- pemanas air
- cerek elektrik
- WIFI percuma
- Astro
- Coffee/ Nescaffee disediakan
- Penghawa Dingin

HARGA: RM78/ Night

http://r-ec.bstatic.com/images/hotel/840x460/265/26528278.jpg

http://q-ec.bstatic.com/images/hotel/840x460/276/27685987.jpg
Pandangan dari luar lobi hotel

http://q-ec.bstatic.com/images/hotel/840x460/265/26528267.jpg

Recent Posts

Nuffnang Ads